awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima kasih Dollah Salleh - netizen

Syafique Shuib
Syafique Shuib
04/09/2015
16:06 MYT
Terima kasih Dollah Salleh - netizen
Netizen memuji sikap tanggungjawab ketua jurulatih skuad bola sepak negara Dollah Salleh (gambar) setelah mengambil keputusan meletak jawatan. -Foto AFP/MOHD RASFAN
Netizen memuji sikap bertanggungjawab ketua jurulatih skuad bola sepak negara Dollah Salleh yang mengambil keputusan untuk meletak jawatan dengan serta-merta susulan kekalahan Malaysia 0-10 kepada UAE.
"Saya mengambil tanggungjawab ini, saya letak jawatan," kata Dollah di KLIA setibanya bersama pasukan bola sepak kebangsaan pada Jumaat.
Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri 1-1 menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.
@501Awani abg Dollah gentleman bravo
— khairil amin halim (@khairilpssbp) September 4, 2015
@501Awani Bagus lah. Bertanggungjawab la jugak.
— Wan Khairil Reza (@wkrwk) September 4, 2015
@501Awani respect! Next term we welcome you back if required!
— kongee (@kongee28) September 4, 2015
@501Awani bagus untuk dia walaupun bukan 100% salah dia.
— VaciVt (@vacivt) September 4, 2015
Dollah Salleh bertanggungjawab. Gentleman
— ronasina (@ronasina) September 4, 2015
Bersabarlah wahai Dollah Salleh, terima kasih atas segala pengorbanan anda.
— WARDAH (@ainsherhan) September 4, 2015
Kesian sebenarnya pasal Dollah Salleh ni letak jawatan. Muka dia sedih. /p>— Nurul Aisyah (@nuaisya) September 4, 2015
jangan harap la ada sinaran baru lepas dollah salleh letak jawatan selagi FAM tak di rombak.
— RZs (@razisuhailee) September 4, 2015
Ada juga berkata bahawa Dollah tidak salah seratus peratus, sebaliknya ada kelemahan daripada segi pemilihan pemain.
Dollah salleh tak 100% salah .dia bagus sebenarnya .pemilihan pemain mungkin ada kelemahan
— , (@ahmieeee) September 4, 2015
Rezwan berkata sudah tiba masanya Malaysia menggunakan perkhidmatan jurulatih luar.
@teammsia if Dollah Salleh failed, there is no other Malaysians will success in the near future. We should look for foreign head coach.
— Redzwan (@RedzDerCzar) September 4, 2015
Dalam pada itu, beberapa netizen menyatakan rasa simpati kepada Dollah Salleh.
Kesian Dollah Salleh. Pressure kot.
— Firdaus Idris (@FirdausIdris) September 4, 2015
Kesian Dollah Salleh huhu
— Aiman (@_aimannmuhd) September 4, 2015
Terdahulu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar yang lebih berkualiti.
Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut menyatakan kesediaan untuk memberikan bajet bagi membiayai jurulatih asing berkenaan.
Menerusi satu tinjauan Astro AWANI, peminat bola tanahair meluahkan rasa terkejut, sakit hati, kecewa dan sedih susulan kekalahan skuad Harimau Malaya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dollah Salleh
#kekalahan
#letak jawatan
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan