awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima tekanan, Hassan Karim letak jawatan Pengerusi PKR Johor

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2019
08:12 MYT
Terima tekanan, Hassan Karim letak jawatan Pengerusi PKR Johor
Hassan Karim letak jawatan sebagai Pengerusi PKR Johor kerana terima tekanan daripada pihak-pihak tertentu. - Gambar fail
KEMELUT dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaksikan perkembangan terbaharu dengan Pengerusi parti berkenaan dari Johor Hassan Karim difahamkan meletakkan jawatannya.
Ahli pParlimen Pasir Gudang itu dilaporkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lalu namun ditolak.
“Datuk Seri (Anwar) tidak melayan surat peletakan jawatan Hassan kerana beliau memerlukan Hassan untuk mengetuai PRK di Johor.
“Tetapi Hassan melepaskan jawatan kerana menerima tekanan daripada pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengannya,” kata sumber parti berkenaan kepada Astro AWANI ketika dihubungi.
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Hassan melepaskan jawatan Pengerusi Negeri selepas menarik balik keputusan itu tahun lalu.
Bagaimanapun, sumber berkenaan menafikan peletakan jawatan Hassan mempunyai kaitan dengan pergolakan dalaman yang melanda kepimpinan tertinggi parti ketika ini.
“Pergolakan dalaman antara individu tersebut dengan Hassan telah lama berlaku tetapi sejak kebelakangan ini tekanannya makin kuat.
“Tetapi kes ini (peletakan jawatan) memang tidak berkaitan dengan perbalahan parti,” kata sumber itu lagi kepada Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Hassan Karim
#PKR
#Johor
#kemelut dalaman
#letak jawatan
#Anwar Ibrahim
#Hassan Karim letak jawatan Pengerusi PKR Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan