Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Teringin makan 'roti canai ular'? Ayuh ke Kota Bharu...

Teringin makan 'roti canai ular'? Ayuh ke Kota Bharu...
Roti canai ular rekaan Che Harun Ali menjadi bahan perbualan ramai dan diperkatakan di media sosial ketika ini. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Pelbagai cara digunakan untuk menarik minat pelanggan terhadap sesuatu makanan terutamanya juadah yang popular serta menjadi pilihan sebilangan besar rakyat Malaysia.

Sekalipun, cara yang digunakan nampak menggelikan di mata orang ramai, namun bagi penebar roti canai dari Kampung Kubur Kuda, di sini, dia memilih menyediakan juadah makan pagi yang sangat popular itu berbentuk ular.
Dan, apa yang yang paling menarik, persembahan sedemikian berjaya menambat hati pelanggan yang semakin ramai mengunjungi gerainya untuk menikmati roti canai ular yang dijualnya.

Menurut Che Harun Ali, 46, roti canai ular jualannya yang semakin menjadi bahan perbualan di media sosial menambahkan rezeki berganda buatnya.
Kata Che Harun, ada kisah tersendiri di sebalik ideanya menghasilkan roti canai ular itu.

Sebetulnya, permulaan idea itu tercetus ketika dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular ketika leka menebar roti canai di rumahnya.

Bertitik tolak dari situ, dia mula menghasilkan roti canai berbentuk ular yang kini menjadi sebutan ramai.

Ketika menjual juadah berkenaan di gerai berhampiran pusat beli-belah pula, di sini, dia menebar roti berbentuk ular untuk dimakan sendiri, namun dalam masa sama telah menarik minta pelanggan.

"Masa saya buat (roti canai ular) untuk makan sendiri, ada pula pelanggan minta bentuk yang serupa dan akhirnya mendapat sambutan ramai, ada juga (pelanggan) yang minta (roti canai) bentuk petak," katanya kepada Astro AWANI.



Berbekalkan pengalaman selama 30 tahun sebagai penebar roti canai, Che Harun kini menghasilkan makanan kegemarai ramai itu dengan pelbagai perisa.

Roti canai ular perisa Milo, Nestum, keju dan susu yang dijual pada harga RM1.20 hingga RM3 bergantung pada perisa dan saiz itu antara yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan-pelanggannya.

Kata Che Harun, cara pembuatan roti canai ular pelbagai perisa adalah sama dengan roti canai yang lazim dijula, cuma dibentuk seperti ular dan digulung berdsama perisa yang menjadi pilihan.

Menyedari terdapat pelanggan yang 'kurang selesa' atau berasa 'geli' dengan bentuk ularm Che Harun masih menawarkan roti canai berbentuk bulat atau empat segi seperti yang banyak dijual.


Tag: roti canai ular, juadah makan pagi, Kampung Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan, Che Harun Ali



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.