Tutup

Terkejut! Disangka habuan besar, rupanya buaya 75kg

Terkejut! Disangka habuan besar, rupanya buaya 75kg
Operasi mengeluarkan reptilia itu dijalankan sekitar 11.08 pagi dan buaya terbabit telah diserahkan kepada jabatan hutan sarawak untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM
BETONG: Ingatkan ikan besar, rupa-rupanya buaya seberat 75 kilogram (kg) tersangkut pada jaring dipasang.

Insiden menggemparkan itu berlaku di sungai berhampiran sebuah rumah panjang (RH) Baba Pasa Baroh di Betong pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.30 pagi itu, seorang penduduk, Ansam Dungat menyangka dia mendapat ikan besar apabila jaring dipasang dan ditarik keluar dari sungai terasa amat berat.

Sangkaan Ansam bagaimanapun meleset dan dia terkejut apabila melihat objek ditarik rupa-rupanya seekor buaya yang besar.
Menurut Ansam, dia mulanya begitu teruja menarik jaring yang agak berat dipasang pada awal pagi sebelum itu kerana yakin ditarik adalah ikan besar.

Sangkaan Ansam bagaimanapun meleset dan dia terkejut apabila melihat objek ditarik rupa-rupanya seekor buaya yang besar. - Foto JBPM
Sebaik sahaja melihat buaya yang tersangkut, dia segera menghubungi pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Betong untuk meminta bantuan mengeluarkan reptilia tersebut.

Operasi mengeluarkan reptilia itu dijalankan sekitar 11.08 pagi. - Foto JBPM

Sementara itu, pegawai APM daerah Betong, Kapten (PA) Usman Harto ketika dihubungi memberitahu, anggotanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap dan mengeluarkan buaya sepanjang 1.8 meter itu.

Operasi mengeluarkan reptilia itu dijalankan sekitar 11.08 pagi dan buaya terbabit telah diserahkan kepada jabatan hutan sarawak untuk tindakan lanjut.


Tag: ikan besar, buaya besar, Betong, Sarawak, APM daerah Betong, tangkap buaya, buaya masuk jaring



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.