awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI! Azmin dijangka lepaskan jawatan MB Selangor?

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2018
11:11 MYT
TERKINI! Azmin dijangka lepaskan jawatan MB Selangor?
Mohamed Azmin hari ini diumum sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. - BERNAMA/Fail
Senarai terbaharu barisan Kabinet yang diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan media menyaksikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumum menjawat jawatan di peringkat pusat.
Mohamed Azmin dinamakan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Senarai tersebut mencetuskan persoalan kemungkinan Timbalan Presiden PKR itu bakal melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor.
Menurut sumber, beliau dijangka mendapatkan pandangan Majlis Raja-Raja Melayu khususnya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi membincangkan mengenai kedudukan beliau.
Tambah sumber itu lagi, perbincangan bersama Majlis Raja-Raja Melayu penting bagi menjamin kestabilan dan kelicinan pentadbiran negeri dan negara.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas daripada pejabat MB Selangor dan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#100 hari janji Pakatan Harapan
#Azmin lepas jawatan MB
#Azmin Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#berita terbaharu PH
#Breaking News
#isu semasa
#Kabinet Baharu
#Menteri Besar Selangor
#Pakatan Harapan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan