SETAKAT PUKUL 3 PETANG: 69 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab sebagai memilih!

Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media khas sebentar tadi mengesahkan setakat pukul 1 petang, 55 peratus pengundi sudah menunaikan tanggungjawab memilih di dalam proses demokrasi PRU14.

"Ini berbeza berbanding PRU lalu, menampakkan kesungguhan pengundi untuk keluar mengundi," kata Hashim dalam sidang media khas di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

Sebelum ini, SPR telah menyatakan sasaran keluar mengundi untuk PRU14 ialah 85 peratus.

Jika diteliti statistik keluar mengundi sepanjang lipatan sejarah pilihan raya di Malaysia, PRU13 pada 2013 lalu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 84.4 peratus.