awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Polis tahan tujuh lelaki insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2018
03:11 MYT
[TERKINI] Polis tahan tujuh lelaki insiden di tapak Kuil Sri Maha Mariamman
Buat masa ini, tujuh individu telah ditahan bagi membantu siasatan insiden rusuhan pagi tadi. - Foto Astro AWANII
Tujuh lelaki berusia lingkungan 30-an telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights awal pagi tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, dua individu ditahan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, Selangor akibat tercedera dalam kejadian pada kira-kira jam 3 pagi tadi.
Menurut beliau, lima lelaki lain turut ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi membantu siasatan rusuhan tersebut.
"Sebanyak 18 buah kereta pelbagai jenis dan dua motosikal turut dibakar dalam kejadian berkenaan. Sebuah kereta peronda polis turut rosak akibat dibaling batu oleh perusuh," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini hari ini.
"Namun, kita akan siasat dahulu. Jangan mengambil tindakan undang-undang, serahkan perkara ini kepada pihak polis, jangan ambil tindakan sendiri melampaui lunas undang-undang," katanya.
Beliau turut berkata, lebih kurang 700 anggota termasuk dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah digerakkan untuk mengawal keadaan.
"Kita mendapat maklumat ada beberapa orang lelaki bangsa Melayu tercedera, namun maklumat lain kita belum terima.
BACA: Lima parah, dua kumpulan bergaduh di kuil
Beliau turut menegaskan insiden berikut tidak berbaur isu perkauman.
"Ini satu insiden terpencil yang kita katakan bahawa berlaku caci-mencaci sesama sendiri. Kita tidak mahu dicop sebagai satu insiden yang melibatkan perkauman. Biar kami siasat dahulu, pihak polis mahu melaksanakan tanggungjawab bagi menjaga keselamatan orang ramai di sekitar kawasan tersebut," tambahnya.
Insiden kekecohan itu dikatakan berlaku berikutan perselisihan antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil, yang berusia lebih 100 tahun.
Video kejadian itu viral dalam media sosial. Turut dilaporkan banyak kenderaan terperangkap dalam kesesakan di sekitar kawasan berkenaan pada waktu puncak pagi ini.
Topic Berkaitan
#Hospital Serdang
#kekecohan
#kuil
#kuil sri maha mariamman
#media sosial
#motosikal
#polis
#Putra Heights
#rusuhan
#siasatan
#Subang Jaya
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan