Tragedi kren runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 107 jemaah berlaku di Masjidilharam, Mekah, petang Jumaat.

Tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.

Sebelum itu seorang jemaah haji Malaysia telah dikenalpasti terkorban di Mekah iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.