Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan di laman Instagram susulan penahanan ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor, sebentar tadi.
Nooryana Najwa akui terlalu sedih untuk menangis dan terlalu marah untuk menjerit.
“Saya yakin esok gambar akan terpampang di media...panggilan menakutkan itu datang jam 4 pagi.
“Terlalu sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit. Saya bangun, ambil wuduk dan solat tahajud untuk Mummy (Rosmah),” tulisnya.
Rosmah ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.20 petang hari ini selepas lima jam memberi keterangan.
Rosmah bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok untuk beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
BACA: Ashman Najib doa bapanya diberi layanan adil
BACA: Rosmah ditahan SPRM, didakwa esok
BACA: Selepas tiga jam disoal siasat, Najib keluar ikut pintu belakang
Dalam pada itu, Najwa menyifatkan tindakan penahanan ke atas ibunya itu melampau selepas rumah neneknya diserbu, dua minggu lalu.
“Saya boleh terima tindakan diambil ke atas lelaki yang pernah berkuasa (Najib) tapi sekarang isterinya pula, ini dah melampau.
“Dua minggu lepas rumah ibunya (nenek) diserbu dan hari ini reman isteri yang bakal dituduh pada hari sama suaminya akan dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Najib hari ini dipanggil memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan dibawah Anti Money Laundering Act (AMLA) di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Anak sulung pasangan tersebut berharap ibunya tetap tenang dan berehat malam ini.
“Sebab kenal dia, mungkin dia risaukan semua orang di rumah. Mummy, walaupun tak boleh dengar, ketahuilah saya baik-baik saja.
“Saya akan pergi kelas dan Adam akan tunggu untuk ‘FaceTime’. Cuba makan dan rehat malam ini,” katanya.
Tambahnya, tak kira apa yang berlaku, dia akan setia di sisi wanita yang melahirkannya, menyapu air matanya, tidur bersamanya apabila dia sakit dan mengajarnya berdiri atas kaki sendiri.
Sinar Harian
Wed Oct 03 2018
Nooryana Najwa akui terlalu sedih untuk menangis dan terlalu marah untuk menjerit.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua prosiding kes Muhyiddin digantung
Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes AMLA Muhyiddin.
Quantum Metal perlu laksana pencegahan di bawah AMLA - BNM
Sebarang dakwaan bahawa aktiviti QMSB diluluskan dan dilesenkan oleh BNM, secara langsung atau tidak langsung, adalah tidak benar.
Najib boleh mohon dibebaskan September depan - Hakim
Perbicaraan kes AMLA yang dihadapi Najib akan bermula pada 17, 18,19, 23 dan 24 September.
Bekas pengarah syarikat didakwa terima wang hasil aktiviti haram RM1.26 juta
Bekas pengarah syarikat penyedia perkhidmatan perundingan pengurusan perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas sembilan pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.
Pengarah syarikat bebas kes AMLA RM9.1 juta, pecah amanah RM7.6 juta
Seorang pengarah syarikat pembinaan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas satu kes pengubahan wang haram RM9.1 juta dan pecah amanah RM7.6 juta.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.
Najib pindah wang daripada akaun peribadi ke akaun lain dianggap kesalahan AMLA - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi diberitahu tindakan Najib memindahkan RM150 juta dan RM12 juta daripada akaun peribadinya ke akaun peribadi lain dikategorikan sebagai kesalahan di bawah AMLA.
Wan Saiful akan didakwa kes AMLA esok
Wan Saiful mengesahkan beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi kes baharu membabitkan pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA).
Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.