awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terowong dasar laut: Dr Afif tampil ke SPRM

Bernama
Bernama
15/07/2020
08:59 MYT
Terowong dasar laut: Dr Afif tampil ke SPRM
Kata Dr Afif, ini adalah kali pertama dia dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan kes itu dengan notis panggilan diterimanya pada Isnin lepas. - Foto BERNAMA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai berkaitan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.
Dr Afif yang ditemui wakil media sebelum memasuki ibu pejabat SPRM itu pada kira-kira 2 petang berkata beliau difahamkan dipanggil atas kapasiti sebagai Exco kerajaan negeri berkenaan bagi tempoh 2013 hingga Mac 2020.
Katanya ini adalah kali pertama beliau dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan kes itu dengan notis panggilan diterimanya pada Isnin lepas.
"Saya tidak tahu apa soalan yang akan ditanya, saya akan tengok," katanya, sambil menambah pihak SPRM setakat ini juga tidak meminta sebarang dokumen daripadanya.
Dr Afif meletakkan jawatan sebagai Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang berkuat kuasa pada 4 Mac lepas.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan dan beberapa Exco kerajaan negeri dilaporkan turut memberi keterangan kepada SPRM berhubung projek mega tersebut yang melibatkan anggaran kos keseluruhan RM6.3 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Exco
#kesihatan
#menteri
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan