awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terserah pada Azmin untuk bercuti atau teruskan kerja - PM

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2019
04:19 MYT
Terserah pada Azmin untuk bercuti atau teruskan kerja - PM
Dr Mahathir serah pada Mohamed Azmin untuk membuat pertimbangan. - Gambar fail BERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membuat pertimbangan sama ada bercuti atau meneruskan tugas seperti biasa.
Menurut Perdana Menteri, dalam masa sama Mohamed Azmin perlu menyedari fakta bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah selagi belum dibuktikan.
“Ya, awak boleh ambil cuti atau teruskan sahaja kerja. Awak tidak bersalah selagi belum dibuktikan,” katanya kepada pemberita selepas program Sidang Kemuncak Melangkau Paradigma di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.
Pada Selasa, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, pemimpin-pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku boleh membantu agensi penguatkuasaan kita dengan sekurang-kurangnya bercuti sementara dari menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai dijalankan sepenuhnya.
Kata Shamsul Iskandar, tindakan itu penting bagi memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas dengan bebas dan adil serta menunjukkan kepada masyarakat bahawa pemimpin-pemimpin tersebut tidak cuba berselindung di sebalik jawatan tinggi dan kedudukan dalam parti.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#Menteri Hal Ehwal Ekonomi
#Perdana Menteri
#Terserah pada Azmin untuk bercuti atau teruskan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan