Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta yang dipandu ibunya di Taman Aman, dekat sini pada Rabu.
Dalam kejadian yang berlaku pukul 4.35 petang itu, mangsa ditemui dalam keadaan mulut berbuih selain melecur pada muka serta lengan.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, sebelum kejadian mangsa menemani ibunya menjemput pulang dua beradiknya yang lain di sekolah menaiki kereta Perodua Bezza pada pukul 1 tengah hari.
"Sebaik tiba di rumah, ibu mangsa meletakkan kereta dan berpesan pada anak sulungnya untuk membawa mangsa keluar.
"Ibu mangsa terus naik ke tingkat atas rumah untuk solat dan tertidur. Pada jam 3.35 petang, wanita itu turun ke bawah untuk makan lalu memanggil mangsa namun tiada jawapan.
"Wanita itu bergegas mencari di sekeliling rumah namun tidak menemuinya sehinggalah mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta," kata Nasri dalam kenyatan media pada Jumaat.
Menurut Nasri, mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan sudah meninggal dunia.
"Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat kesan haba.
"Manakala kesan melecur pula kerana keadaan panas dan berlaku selepas mangsa sudah meninggal dunia.
"Pegawai perubatan membuat laporan polis dan ibu mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 403A Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga mengakibatkan kematian," katanya lagi.
Radhi Muslim
Fri Jun 14 2019
Di dalam kereta inilah kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan ditemui meninggal dunia.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Anak maut tertinggal dalam kereta, ibu masih terkejut pemergian mangsa
Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di Taman Aman, Lahad Datu, Rabu lalu, masih sukar menerima kehilangan mangsa.
Tertinggal dalam kereta, kanak-kanak meninggal dunia akibat kesan haba
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sembilan bulan meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta yang dipandu ibunya di Taman Aman, dekat sini pada Rabu.