awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH buat laporan polis terhadap bekas Pengerusi, CEO dan pengurusan kanan

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
30/11/2018
14:34 MYT
TH buat laporan polis terhadap bekas Pengerusi, CEO dan pengurusan kanan
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis melibatkan bekas Pengerusi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, serta beberapa pengurusan kanan.
Lembaga Tabung Haji (TH) membuat dua laporan polis melibatkan bekas Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta beberapa pengurusan kanan lain.
Mereka yang lain ialah Datuk Adi Azuan (Ketua Pegawai Operasi), Datuk Rozaida Omar (Ketua Pegawai Kewangan), Hazlina Mohd Khalid (Penasihat Undang-Undang) dan Rifina Md Ariff (Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporat dan Harta Tanah).
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, TH berkata laporan pertama melibatkan Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.
“Perkara ini bertentangan dengan Memorandum dan Artikel Persatuan YTH. Para pemegang amanah YTH ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Azeez, Tan Sri Ismee, Datuk Seri Johan, Datuk Adi dan Datuk Rozaida,” kata kenyataan tersebut.
Yayasan Tabung Haji telah ditubuhkan pada 2016 untuk melaksanakan, antara lain, bantuan kemanusiaan dan menyumbang kepada golongan kurang berkemampuan, miskin dan yang memerlukan, di mana TH menyumbang sebanyak RM7 juta kepada program tersebut.
Dalam pada itu, laporan kedua yang dibuat ke atas Ismee, Hazlina dan Rifina adalah berhubung salah nyata dan menyembunyikan maklumat penting melibatkan penjualan saham TH pada 2012 sebanyak 95 peratus saham dalam PT TH Indo Plantations dipegang dua anak syarikatnya, TH Indopalms Sdn Bhd dan TH Indo Industries Sdn Bhd kepada PT Borneo Pacific dengan harga AS$910 juta.
PT TH Indo Plantations memiliki ladang kelapa sawit berkeluasan 83,000 hektar di Indonesia.
Laporan yang dibuat pada Jumaat di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial ini adalah siasatan dalaman pertama pengurusan baharu yang dilantik sejak Julai 2018 terhadap transaksi masa lalu.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Datuk Seri Johan Abdullah
#politik
#Tabung Haji
#Tan Sri Ismee Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan