TH cukup wang jika berlaku pengeluaran panik oleh pendeposit - Mujahid

TH cukup wang jika berlaku pengeluaran panik oleh pendeposit - Mujahid
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, pemantauan 24 jam sentiasa dilakukan terhadap sistem perkhidmatan TH bagi memastikan keadaan terkawal. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mempunyai pelan termasuk struktur wang yang kukuh sekiranya berlaku pengeluaran panik oleh pendeposit akaun tersebut.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa, pemantauan 24 jam sentiasa dilakukan terhadap sistem perkhidmatan TH bagi memastikan keadaan terkawal.

Bagaimanapun, beliau yakin tiada pengeluaran panik akan dibuat oleh pendeposit akaun tersebut.
“Tetapi walaupun demikian kita telah pun sediakan pelan, kalau berapa orang keluar (wang deposit) kita dah ada duit sebanyak ini, kalau berapa orang keluar kita ada duit sebanyak ini.

“Tetapi Alhamdulillah saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia walaupun banyak pihak yang skeptikal bukan kerana dia tak percaya kepada TH tetapi kerana kepentingan politik, kerana nak merendahkan-rendahkan kami (kerajaan) yang kononnya kami tak jaga institusi Islam, itu semua politik tetapi realitinya kita dapat kawal daripada awal pemulihan sehingga sekarang tidak berlaku seperti mana yang disebutkan (pengeluaran panik),” katanya pada Buletin Khas Astro AWANI Menjelang Setahun Malaysia Baharu, hari ini. 


Apa yang lebih menggembirakan, Mujahid berkata, maklumat yang diperolehi pihaknya setakat Isnin lalu menunjukkan perkhidmatan kaunter berjalan seperti biasa dan berlaku penambahan deposit dalam kalangan pendeposit baharu.

Terdahulu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan tidak menolak kemungkinan bakal membentangkan laporan Kertas Putih melibatkan TH, dijangka pada Persidangan Parlimen akan datang.

BACA: Kertas Putih Tabung Haji boleh dibentangkan tetapi... - Mujahid


Tag: Tabung Haji, pendeposit, Pakatan Harapan, White Paper, Persidangan Parlimen, Haji, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa, TH


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.