awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji

Sahlizah Mohamed
Sahlizah Mohamed
04/05/2019
09:39 MYT
TH nafi dakwaan kehilangan kuota haji
TH nafi dakwaan Asyraf Wajdi bahawa umat Islam kini telah hilang kuota tambahan haji. -Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bahawa umat Islam kini telah hilang kuota tambahan haji.
TH dalam satu kenyataan hari ini berkata dakwaan Asyraf Wajdi itu tidak benar sama sekali dan menimbulkan kekeliruan.
“Untuk pengetahuan umum, kuota rasmi yang diberikan pihak Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini ialah sebanyak 30,200 orang.
“Bagi memendekkan waktu menunggu bakal haji, TH telah membuat permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah bagi musim haji tahun ini.
“Seperti kebiasaan, pemberian kuota tambahan ini adalah bergantung atas budi bicara kerajaan Arab Saudi. Sehingga kini, pihak TH masih menunggu keputusan rasmi mengenai permohonan yang telah dibuat,” kata kenyataan itu.
Berdasarkan rekod 10 tahun lalu, penambahan kuota yang dibuat TH sejak empat tahun lalu sejak tahun 2013 hingga 2016 masih belum diluluskan.
TH dalam pada itu menggesa semua pihak agar berhenti daripada mensensasikan komen serta analisis tidak tepat yang berbaur politik kerana ia boleh mengelirukan rakyat.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Haji
#Islam
#Malaysia
#Pemuda UMNO
#Tabung Haji
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan