awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Pulau Pinang jangka terima kemasukan lebih 8 juta pelancong melalui LTAPP tahun ini
Johor akan pergiat promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH terima surat peletakan jawatan Abdul Azeez

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2018
02:27 MYT
TH terima surat peletakan jawatan Abdul Azeez
Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 2011 sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Julai 2013. - BERNAMA/Fail
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH pada 23 Mei.
"Lembaga Tabung Haji mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi TH," kata Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan.
Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH pada 2011 sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Julai 2013.
Semalam, Abdul Azeez dilaporkan berkata telah meletak jawatannya dalam TH pada 14 Mei lalu, beberapa hari selepas Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Ahli Parlimen Baling itu juga mengesahkan dua rumahnya di Subang, Selangor dan di Baling, Kedah telah dikunjungi beberapa anggota beberapa anggota Suruhanjaya pada Selasa.
BACA: Wang tunai, barang kemas isteri Azeez Abdul Rahim dirampas SPRM
Ketika penggeledahan, SPRM dilaporkan merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.
SPRM juga telah membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Difahamkan serbuan dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan TH.
Topic Berkaitan
#abdul azeez
#Lembaga Tabung Haji
#siasatan
#SPRM
#Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan