awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
PHB lantik Mazuki Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan
Dakwaan pihak istana ada kaitan lidungi ajaran Qardiani tidak bertanggungjawab - JAIS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thaipusam di P. Pinang cukup popular, amat dinantikan pelancong - Ketua Menteri

Bernama
Bernama
20/01/2019
21:07 MYT
Thaipusam di P. Pinang cukup popular, amat dinantikan pelancong - Ketua Menteri
Warna-warni Thaipusam mampu menarik perhatian pelancong khususnya yang datang dari negara asing. - Gambar fail
Sambutan Thaipusam di Pulau Pinang merupakan salah satu acara yang cukup popular dan amat dinantikan bukan sahaja oleh penduduk, tempatan malah dalam kalangan pelancong.
Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berharap sepanjang tiga hari sambutan perayaan itu Pulau Pinang, ia akan berlangsung dengan lancar dan aman.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat termasuk badan amal, badan korporat, individu, agensi kerajaan serta pihak kuil yang memberikan kerjasama baik sepanjang acara sambutan berlangsung.
"Saya berharap semua penganut Hindu dapat menunaikan kewajipan masing-masing secara aman dan teratur, " katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meluangkan masa kira-kira dua jam melawat gerai dan khemah yang didirikan antara Lembaga Wakaf Hindu di Jalan Macalister sehingga di Jalan Kebun Bunga di sini.
Terdahulu dalam perutusannya sempena Thaipusam, Chow berkata di Pulau Pinang, Thaipusam merupakan salah satu acara sambutan penting yang diadakan secara besar-besaran.
"Ia disambut dengan penuh keagamaan oleh para penganut dengan lokasi tumpuan di Kuil Hilltop Murugan, Jalan Kebun Bunga, secara tidak langsung, kemeriahan tersebut telah menjadi begitu sinonim dan simbolik kepada negeri Pulau Pinang dalam kalangan pelancong tempatan serta antarabangsa setiap tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chow Kon Yeow
#Hindu
#Ketua Menteri
#pelancong
#perayaan
#pulau pinang
#tarikan
#Thaipusam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan