awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada aktiviti perhimpunan Hari Wesak tahun ini - MBA

Bernama
Bernama
30/04/2020
20:41 MYT
Tiada aktiviti perhimpunan Hari Wesak tahun ini - MBA
Penganut agama Buddha akan menyambut Hari Wesak pada 7 Mei ini sebagai simbol kelahiran, pencerahan agung dan kematian Buddha Siddharta Gautama, pengasas agama ini. - Gambar hiasan
Tiada aktiviti perhimpunan Hari Wesak tahun ini berikutan pandemik COVID-19, menurut Persatuan Penganut Buddha Malaysia (MBA).
MBA dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, oleh itu pihaknya akan mengeluarkan video yang dirakam oleh para guru dan pelajar Institut Penganut Buddha Malaysia mengenai upacara memandikan patung Buddha dan bacaan doa untuk sambutan tahun ini.
"Orang ramai boleh menyertai acara ini menerusi dalam talian secara serentak di rumah pada Hari Wesak," menurut kenyataan itu.
Penganut agama Buddha akan menyambut Hari Wesak pada 7 Mei ini sebagai simbol kelahiran, pencerahan agung dan kematian Buddha Siddharta Gautama, pengasas agama ini.
MBA memaklumkan penganut agama Buddha di seluruh negara dialu-alukan untuk menonton upacara ini menerusi laman sesawang MBA http://www.mbahq.my dan Facebook http://www.facebook.com/malaysianbuddhistassociation pada 7 Mei nanti.
"MBA berharap penganut dapat berkongsi upacara dalam talian ini bersama-sama ahli keluarga di rumah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Buddha
#COVID-19
#dalam talian
#Hari Wesak
#keluarga
#perayaan
#perhimpunan
#PKP
#sambutan
#upacara
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan