awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi

Bernama
Bernama
17/11/2017
15:41 MYT
Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi
MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengesahkan tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi susulan tular kejadian ikan terdampar di pantai dan ramalan gempa bumi besar di perairan berkenaan.
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.
"Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian ikan terdampar di pantai dan tangkapan ikan yang banyak oleh nelayan yang kononnya menunjukkan akan berlaku bencana pada hujung tahun ini.
Turut tular surat seorang profesor yang mendakwa memiliki persepsi deria tambahan yang dihantar kepada Perdana Menteri India Narendra Modi untuk memberi amaran bahawa gempa bumi besar akan melanda Lautan Hindi bulan depan.
Alui berkata MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alui Bahari
#gempa bumi
#ikan
#India
#Lautan Hindi
#media sosial
#Meteorologi Malaysia
#Narendra Modi
#nelayan
#Pantai
#seismik
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan