awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan 'hilangkan' Amri, Raymond Koh - Zahid

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/04/2019
08:41 MYT
Tiada arahan 'hilangkan' Amri, Raymond Koh - Zahid
ZAHID: -Tidak ada arahan seperti yang diberikan oleh saya atau Ketua Setiausaha (Datuk Seri Alwi Ibrahim). Saya harap siasatan akan dijalankan secara profesional.- - Foto Gambar fail
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada Bahagian Cawangan Khas (SB) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk bertindak ke atas paderi Raymond Koh dan Amri Che Mat yang masih gagal dikesan.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan perkara itu ketika diminta mengulas dapatan siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kes Koh dan Amri hari ini.
“Tidak ada arahan seperti yang diberikan oleh saya atau Ketua Setiausaha (Datuk Seri Alwi Ibrahim). Saya harap siasatan akan dijalankan secara profesional,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
BACA: Kehilangan paderi Raymond Koh ada kaitan rangkaian di selatan Thai - KPN
VIDEO: Polis siasat video CCTV dipercayai penculikan paderi
Ahmad Zahid bagaimanapun berkata semua pihak harus menghormati dapatan siasatan awam Suhakam itu.
Selain menggesa rakyat menghormati institusi kepolisan, Ahmad Zahid juga mahu siasatan dilakukan berdasarkan pendekatan profesionalisme.
Terdahulu Suhakam membuat kesimpulan bahawa SB bertanggungjawab dalam kehilangan paksa membabitkan Koh dan Amri.
Kesimpulan itu dibuat berdasarkan inkuiri yang dijalankan Suhakam terhadap kehilangan kedua-dua individu berkenaan.
Topic Berkaitan
#Amri Che Mat
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Malaysia
#paderi hilang
#Parlimen
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#raymond koh
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan