awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS

Bernama
Bernama
04/06/2020
06:19 MYT
Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman. - Gambar http://www.jknselangor.moh.gov.my/.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di sini supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Datuk Dr Sha'ari Ngadiman.
Beliau berkata arahan hanya dikeluarkan supaya pasar raya besar itu ditutup bermula Isnin lepas kerana beroperasi dengan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
"Foto tular mengatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan pengunjung yang pernah ke pasar raya besar itu perlu menjalani ujian saringan kesihatan adalah palsu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Tular di media sosial satu gambar notis penutupan pasar raya besar itu oleh KKM dan dinyatakan orang ramai yang pernah mengunjungi premis tersebut perlu menjalani ujian saringan kesihatan.
Sementara itu, pasar raya besar tersebut menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan premis perniagaan berkenaan kini dibuka semula mengikut waktu operasi biasa dengan kawalan keselamatan kesihatan yang tinggi seperti disarankan KKM.
Topic Berkaitan
#Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
#COVID-19
#Datuk Dr Sha'ari Ngadiman
#Facebook
#Jabatan Kesihatan Negeri Selangor JKNS
#Kementerian Kesihatan Malaysia KKM
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan