awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bot dan kapal China ceroboh perairan negara - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2016
06:48 MYT
Tiada bot dan kapal China ceroboh perairan negara - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi jika terdapat pihak luar yang cuba mewujudkan aktiviti ketenteraan di perairan negara. - Gambar fail
Tiada bot dan kapal dari China menceroboh perairan negara di Laut China Selatan seperti didakwa sebelum ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, perkara itu disahkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin hasil pemantauan ketat pasukannya.
"TLDM telah memantau secara dekat dan terkawal... saya sebagai orang bertanggungjawab lega apabila beliau (Ahmad Kamarulzaman) sahkan bahawa perairan negara selamat," katanya selepas menyaksikan Acara Penembakan Peluru Berpandu STARStreak di Lapang Sasar Bumi Ke Udara, Tanjung Logok, pada Isnin.
Hishamuddin mengulas tentang keadaan keselamatan perairan negara dekat Beting Patinggi Ali selepas terdapat laporan mengenai kehadiran bot China di kawasan itu.
"Pasal Laut China Selatan berhubung kait dengan tanggungjawab dan bidang kuasa Wisma Putra untuk melihat tuntutan bertindih dan berbincang di peringkat menteri-menteri luar.
“Kita di Kementerian Pertahanan, penekanan kita ialah dalam konteks ketenteraan, jadi kalau ada dan benar ada kehadiran asset ketenteraan, kita akan melihatnya secara serius,” kata Hishammuddin lagi.
Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi jika terdapat pihak luar yang cuba mewujudkan aktiviti ketenteraan di perairan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim minggu lalu dilaporkan berkata kira-kira 100 bot dan kapal dari China dikesan menceroboh perairan negara dekat Beting Patinggi Ali.
Topic Berkaitan
#Beting Patinggi Ali
#bot
#China
#kapal
#Laut China Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan