awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti baru, siasatan BNM ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/10/2015
11:45 MYT
Tiada bukti baru, siasatan BNM ke atas 1MDB ditutup - Peguam Negara
Mohamad Apandi (gambar) berkata ini memandangkan tiada bukti baru dikemukakan BNM bagi meneruskan siasatan mengikut Perenggan 4(b) Bahagian 1 Jadual 5, Akta Kawalan Tukaran 1953 (ECM). -Gambar fail
Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk menutup siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata ini memandangkan tiada bukti baru dikemukakan BNM bagi meneruskan siasatan mengikut Perenggan 4(b) Bahagian 1 Jadual 5, Akta Kawalan Tukaran 1953 (ECM).
"Bank Negara sebagai badan pengawal aliran wang harus mendapatkan maklumat terperinci sebelum mengeluarkan kelulusan.
"Kesemua tiga kebenaran yang diberikan BNM untuk pemindahan wang yang dimohon 1MDB diberikan dalam tempoh tidak lebih tiga hari," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa tiada maklumat benefisiari diperlukan dalam borang permohonan ECM iaitu borang 09A dan 06B yang diisi pihak 1MDB semasa membuat permohonan.
"Bank Negara sepatutnya meneliti permohonan terbabit dan jelas sekali tiada maklumat lanjut diminta BNM bagi tujuan permohonan terbabit," jelas beliau.
Dalam pada itu, Apandi dengan tegas turut mempersoalkan kenapa 1MDB dipersalah.
"Jika Bank Negara Malaysia tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan?" soalnya.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menarik kembali tiga kebenaran yang diberikan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi pelaburannya di luar negara bernilai AS$1.83 bilion.
Malah, menerusi siasatannya BNM berkata 1MDB memperoleh kebenaran pelaburan dengan memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap dalam permohonan kepada Bank Negara.
Justeru, BNM berkata ia telah mengesyorkan tindakan diambil oleh Pejabat Peguam Negara terhadap 1MDB ekoran pelanggaran mengikut Akta Kawalan Tukaran (ECA) 1953.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Akta Kawalan Tukaran
#Apandi Ali
#BNM
#Jabatan Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan