awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti wang 1MDB digelapkan - Peguam Negara

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2016
09:36 MYT
Tiada bukti wang 1MDB digelapkan - Peguam Negara
APANDI: Sebarang salah laku akan dihukum.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, tiada bukti dari mana-mana agensi penguatkuasaan yang menunjukkan wang digelapkan dari syarikat 1MDB.
Katanya lagi, tiada sebarang tuduhan jenayah dilakukan terhadap mana-mana individu yang berkaitan dengan penyelewengan dana dari 1MDB.
Tan Sri Mohamed Apandi turut menyuarakan kebimbangan terhadap sindirian dan dakwaan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah laku dalam kes tuntutan sivil 'in rem' yang difailkan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
"Peguam Negara ingin menjelaskan tiada dalam tuntutan fail oleh DOJ AS yang menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa melakukan sebarang salah laku," katanya.
Setakat ini, Jabatan Peguam Negara masih belum menerima sebarang permintaan dari pihak DOJ AS, untuk memberi sebarang maklumat atau bukti.
Bagaimanpun, Apandi berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang kerjasama kerana ia seiring dengan komitmen pada peringkat antarabangsa untuk memerangi pengubahan wang haram dan amalan rasuah.
"Sebagai Pendakwa Raya, Peguam Negara tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perbuatan jenayah dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi.
"Sebarang salah laku akan dihukum. Malaysia akan sentiasa menegakkan kedaulatan undang-undang," ujarnya.
Kata Tan Sri Mohamed Apandi lagi, siasatan berhubung kes 1MDB masih dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak sesuai untuk sebarang butiran kes didedahkan.
Pihak Peguam Negara mahu menekankan kepentingan untuk memelihara integriti siasatan dan orang ramai juga tidak seharusnya meragui hasil siasatan itu.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Peguam Negara
#penyelewengan dana
#Tan Sri Mohamed Apandi Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan