awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada diskaun saman pada 15 November - Trafik Bukit Aman

Bernama
Bernama
08/10/2016
23:25 MYT
Tiada diskaun saman pada 15 November - Trafik Bukit Aman
Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat yang menyatakan diskaun akan diberikan kepada mereka yang membayar saman pada 15 November ini. - Gambar fail
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan pihaknya memberi diskaun kepada orang ramai sekiranya membayar saman pada 15 November ini.
JSPT Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu bagi menikmati pengurangan harga.
"Pihak JSPT menafikan kesahihan maklumat ini, masyarakat diminta agar tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, orang ramai diingatkan supaya membuat rujukan di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) sebelum membuat sebarang penyebaran maklumat.
Rakaman suara yang viral di aplikasi WhatsApp itu menasihatkan orang ramai membayar tunggakan saman pada 15 November dan mendakwa maklumat tersebut, telah diterima daripada seorang sumber yang tidak dinamakan daripada Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#khabar palsu
#saman trafik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan