Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kompaun saman trafik.

Sebaliknya, GST akan dikenakan ke atas caj perkhidmatan pembayaran saman secara atas talian oleh syarikat penyedia perkhidmatan, menurut satu kenyataan dari PDRM pada Jumaat.

Justeru, orang ramai boleh memilih untuk membuat bayaran di kaunter polis trafik untuk mengelak dari dikenakan caj perkhidmatan dan GST oleh penyedia perkhidmatan bayaran saman secara atas talian.

GST sebanyak 6 peratus mula dilaksanakan pada 1 April lalu adalah bagi menggantikan Cukai Jualan (SST) (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%) di Malaysia.

Ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

Untuk maklumat lanjut berkenaan GST, klik gst.astroawani.com.