RALAT: Merujuk kepada artikel yang disiarkan AstroAwani.com pada Selasa bertajuk 'Lebih banyak subsidi akan dimansuh untuk memperkukuh fiskal negara',

Berikut adalah penjelasan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengenai pinjaman perumahan penjawat awam yang dikeluarkan hari ini:

Kementerian Kewangan merujuk kepada kenyataan stesen tv online Astro Awani yang menyatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara adalah tidak benar. Kementerian Kewangan amat kesal kerana kenyataan tersebut disiarkan tanpa merujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu.

Malah, kerajaan akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.

*Berita asal sudah ditarik balik. Kami meminta maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan.