awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jangkitan novel koronavirus di UPSI - Timb. Naib Canselor

Bernama
Bernama
10/02/2020
16:37 MYT
Tiada jangkitan novel koronavirus di UPSI - Timb. Naib Canselor
Md. Amin berkata pihak UPSI sentiasa peka dan waspada terhadap kesejahteraan seluruh warga UPSI dan penduduk daerah Muallim. - Gambar fail/Astro AWANI
Tiada jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) dilaporkan di kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, termasuk di kawasan kediaman Marina UPSI.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI Prof Dr Md. Amin Md. Taff berkata Marina UPSI telah dijadikan sebagai lokasi pemantauan di rumah, bagi 2019-nCoV terhadap pelajar antarabangsa dari China, yang mendaftar untuk sesi kemasukan ambilan Februari 2020.
Tanpa menyatakan jumlah pelajar terlibat, Md. Amin berkata saringan awal yang rapi telah dilakukan pihak Pusat Kesihatan UPSI, semasa proses pendaftaran dan didapati semua pelajar negatif serta bebas daripada jangkitan virus itu.
BACA: Koronavirus: KKM sahkan satu lagi kes babitkan warga Malaysia
"Kementerian Kesihatan telah menggariskan proses pemantauan di rumah dijalankan bagi tempoh dua minggu, untuk memastikan semua pelajar antarabangsa China bebas dari virus tersebut.
"Proses 'home surveillance' ini dilakukan sebagai salah satu langkah awal, bagi mencegah simptom koronavirus. Proses ini turut dilaksanakan oleh beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam yang lain," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi UPSI, Isnin malam.
Md. Amin berkata pihak UPSI sentiasa peka dan waspada terhadap kesejahteraan seluruh warga UPSI dan penduduk daerah Muallim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Hubei
#jangkitan koronavirus
#koronavirus
#Marina UPSI
#Mualim
#Tanjung Malim
#Universiti Pendidikan Sultan Idris
#UPSI
#virus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan