Tiada sebarang kapal perang yang akan dibenarkan ditempatkan di Selat Melaka mahupun Laut China Selatan, ujar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Langkah itu dibuat kerajaan bagi mengelak sebarang permintaan dari negara-negara lain untuk melabuhkan kapal perang negara terbabit di perairan negara yang sekali gus menimbulkan satu keadaan yang tidak sihat.

€"Ini adalah polisi kita, sudah tentu kita tidak boleh paksa, namun kita akan pastikan tidak akan ada kapal perang di sekitar perairan Malaysia.

"Ini kerana jika ada negara tertentu yang melihat ada negara yang melabuhkan kapal perang mereka di perairan Malaysia, mereka kemudian membuat permintaan yang sama, jadi ini sesuatu yang tidak sihat," jelas semasa sidang media di Ibu Pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga akan mengkaji semula dasar monopoli dalam pasaran sedia ada yang dilaksanakan pentadbiran lama, sama ada akan dimansuh atau dihadkan.

"Kita akan kaji semula dasar monopoli sama ada kita perlu mansuhkan, perluaskan, atau hadkan kepada sebilangan yang kecil," jelas Dr Mahathir lagi.