Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah hari ini menafikan dakwaan berlakunya kehilangan wang kira-kira RM18 bilion untuk tuntutan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Beliau menjelaskan semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebelum disalurkan kepada tabung amanah untuk membayar tuntutan balik GST berdasarkan permintaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Menurutnya, prosedur tersebut termaktub di bawah Akta Prosedur Kewangan 1957 di mana maklumat itu boleh didapati daripada Jabatan Akauntan Negara dan Bahagian Fiskal, Kementerian Kewangan.
"Dalam mesyuarat bulanan pengurusan aliran tunai kerajaan pusat, pihak Kastam akan membentangkan keperluan dana untuk membuat bayaran balik dan jumlah tertunggak yang perlu dibayar.
"Berdasarkan keperluan mereka (Kastam) dan kedudukan hasil kerajaan, mesyuarat akan membuat keputusan berapa jumlah peruntukan kepada tabung amanah itu perlu dibuat," katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam mendedahkan terdapat sejumlah RM19.4 billion dalam tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak pelaksanaannya pada April 2015 sehingga 31 Mei lalu.
Katanya rekod JKDM mengesahkan daripada jumlah tunggakan tersebut, sebanyak RM9.2 billion atau 47 peratus adalah pada tahun ini; RM6.8 billion (35 peratus) pada 2017; RM2.8 billion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (3 peratus) pada 2015.
Bagaimanapun, Lim mendakwa baki sedia ada dalam tabung bayaran balik GST hanyalah sekitar RM1.49 bilion sahaja, menandakan terdapat kekurangan kira-kira RM18 bilion.
Memberikan contoh bayaran tuntutan balik GST pada tahun lepas, Mohd Irwan Serigar berkata pihak Kastam telah membayar tuntutan berjumlah RM23 bilion iaitu 34 peratus daripada jumlah pungutan GST.
Menurutnya, difahamkan sebanyak RM15 bilion lagi tuntutan tertunggak pada tahun lepas masih memerlukan verifikasi, siasatan dan proses pengauditan bagi memastikan tiada fraud atau tuntutan palsu.
"Setiap sen dikira. Ia wang rakyat. Sebab itulah betapa pentingnya wang ini dikredit ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
"Apabila diperlukan, wang itu itu akan dikeluarkan (daripada Kumpulan Wang Disatukan)," katanya.
Mohd Irwan Serigar berkata jika tuntutan balik adalah jelas, pihak Kastam akan membuat bayaran dalam masa 14 hari, namun sekiranya terdapat keraguan dan kes tuntutan palsu yang memerlukan siasatan dan pengauditan lanjut, ia akan memakan masa yang lebih lama.
"Secara kesimpulannya tiada berlaku kehilangan dana," katanya, sambil menambah beliau sedia memberi kerjasama sekiranya pihak kerajaan memerlukan maklumat berkenaan perkara itu.
Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis berkenaan kenyataan Lim yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan kehilangan dana itu, Mohd Irwan Siregar berkata beliau tiada perancangan untuk berbuat demikian setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 09 2018
IRWAN: Semua hasil kutipan GST dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan sebelum disalurkan kepada tabung amanah untuk membayar tuntutan balik GST.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
'Saya tak terlibat proses lulus projek UMS dengan Asli Jati, ULink Property' - Irwan Serigar
Mohd Irwan Serigar turut mengesahkan beliau menandatangani dua memorandum pertimbangan kepada Menteri Kewangan berkenaan permohonan kelulusan bagi projek itu.
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan sambut baik langkah perkenal semula GST
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Isu tuntutan GST: Bekas KSU Perbendaharaan buat laporan SPRM
Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membuat laporan SPRM berhubung isu bayaran balik cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 bilion yang didakwa dirompak.