awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP

Bernama
Bernama
28/12/2017
11:56 MYT
Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AZHARUDDIN: Orang ramai dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan DCA sebelum terbabit dalam aktiviti itu. - Gambar fail
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menyatakan pihaknya tidak mengeluarkan Sijil Operator Udara (AOC) kepada mana-mana organisasi untuk menganjurkan aktiviti SeaPlane@Putrajaya di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu pada Januari.
Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.
"Oleh kerana Putrajaya menempatkan pejabat kerajaan dan kawasan perumahan, DCA berpendapat keselamatan awam adalah amat penting dan satu keutamaan.
"Orang ramai dinasihatkan membuat pemeriksaan dengan DCA sebelum terbabit dalam aktiviti itu. Ini sebagai langkah berhati-hati dan keselamatan untuk mengelakkan daripada sebarang isu yang mungkin timbul," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Azharuddin mengulas iklan SeaPlane@Putrajaya yang sedang tersebar dalam media sosial, mempromosikan aktiviti itu dijadual diadakan di Putrajaya Recreational Airfield, Presint 6 pada 20 Jan tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AOC
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#DCA
#Department of Civil Aviation Malaysia
#Jabatan Penerbangan Awam
#media sosial
#penerbangan
#pengangkutan
#Putrajaya
#SeaPlane
#Sijil Operator Udara
#syarat baru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan