Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada kematian akibat COVID-19 di Beaufort, Sandakan - JKN Sabah

Tiada kematian akibat COVID-19 di Beaufort, Sandakan - JKN Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah pada Isnin menafikan dakwaan berlaku kematian akibat wabak COVID-19 di Beaufort. - Gambar Instagram @kkmm_gov
KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sabah pada Isnin menafikan dakwaan berlaku kematian akibat wabak COVID-19 di Beaufort dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Harmoni, Sandakan.

Penafian itu dikeluarkan menerusi kenyataan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) pada Isnin.

Selain itu, dalam kenyataan sama, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga menafikan dakwaan berhubung lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“MKN menafikan dakwaan pernah mengeluarkan Jadual Perancangan COVID-19 yang mengandungi beberapa fasa tempoh pelaksanaan PKP yang kononnya akan dilanjutkan sehingga 28 Mei 2020,” kata kenyataan itu. 
Sementara itu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga menafikan dakwaan bahawa lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke universiti tersebut melibatkan ramai hadirin serta persembahan oleh lebih 20 orang penuntut.

Dalam pada itu, Jabatan Penjara Malaysia turut menafikan dakwaan terdapat kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan di penjara.

.



.