awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh

Bernama
Bernama
23/05/2017
09:57 MYT
Tiada kenaikan yuran ijazah pertama - Idris Jusoh
IDRIS: Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini.
Tiada kenaikan yuran pengajian dikenakan terhadap pelajar yang mengikuti program ijazah pertama di Universiti Awam (UA), kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau menegaskan demikian sekali gus menyangkal penyebaran maklumat tidak berasas kononnya Universiti Malaya membenarkan Fakulti Kejuruteraannya membuat pengambilan terus pelajar dengan yuran pengajian setinggi RM90,000.
"Yuran pengajian perubatan kita hanya RM3,000 sahaja, antara terendah di UA di dunia ini..Fakulti Kejuruteraan pun sama, mereka (pelajar) hanya perlu bayar sekitar RM3,000.
"Tidak ada perkara sebegitu seperti pelajar perlu membayar lebih daripada itu walaupun di UM (Universiti Malaya), " katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Pelaksanaan Autonomi Universiti Awam 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini.
Bagaimanapun, Idris berkata terdapat kursus lain yang bersifat swasta ditawarkan di beberapa universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), namun kebiasaannya pelajar hanya perlu membayar RM3,000 sahaja.
Sementara itu, beliau berkata pemilihan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor di UA akan melalui beberapa peringkat sebelum lantikan dapat dibuat.
Ia termasuk proses pemilihan peringkat awal oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang akan menilai setiap calon berdasarkan kemahiran dan potensi mereka sebelum dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan.
"Jawatankuasa Pemilihan (Select Committee) biasanya akan membawa dua atau tiga nama mereka yang layak dan berpotensi kepada menteri.
"Walaupun akhirnya nampak seperti menteri yang memilih tapi ia hanyalah sebahagian daripada proses dan ia memang telus ," katanya.
Menurut Idris, proses penilaian turut dibuat oleh badan-badan korporat dan profesional bagi memastikan hanya calon yang layak dilantik ke jawatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Idris Jusoh
#Ijazah Pertama
#kenaikan yuran
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan