awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan lantik TPM - PM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
09/03/2020
10:12 MYT
Tiada keperluan lantik TPM - PM
Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang utama dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan tiada keperluan buat masa ini untuk melantik Timbalan Perdana Menteri.
Ini disebabkan terdapat beberapa Menteri-Menteri Kanan yang telah dilantik yang akan membantu tugas Perdana Menteri.
"Menteri-Menteri Kanan akan bantu tugas Perdana Menteri termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet di waktu ketiadaan saya di dalam negara.
"Maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik," katanya dalam sidang media pengumuman Jemaah Kabinet pada Isnin di Putrajaya.
Selain itu kerajaan juga akan mewujudkan satu portfolio khas berhubung Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk menangani isu pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat dia dua negeri berkenaan.
Dalam pengumuman tersebut, kerajaan juga telah bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula melibatkan Kementerian Pendidikan dengan mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi bertujuan memperkasakan Kementerian Pendidikan.
"Dengan ini KPT akan fokus kepada sektor pengajian tinggi dan Kementerian Pendidikan akan memberi tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah, dan menengah", katanya lagi.
BACA: Ucapan penuh pengumuman senarai Kabinet oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Muhyiddin Yassin
#Putrajaya
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan