awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan sahut cabaran Pengarah NOW - Shahrir

Bernama
Bernama
18/01/2017
23:48 MYT
Tiada keperluan sahut cabaran Pengarah NOW - Shahrir
Shahrir menegaskan negara ini mempunyai sistem perundangan dan pihak berkaitan "tahu" dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. - Gambar fail
Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata tiada keperluan untuknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan ketirisan dalam syarikat berkaitan kerajaan itu.
Shahrir menegaskan negara ini mempunyai sistem perundangan dan pihak berkaitan "tahu" dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Semua itu nak dicabar, hanya cakap-cakap. Banyak orang buat kerja mereka sendiri, negara ini ada sistem, bukan tunggu cabaran personaliti atau tokoh-tokoh untuk kita buat kerja," katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cabaran Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir supaya FELDA membuat laporan kepada SPRM mengenai ketirisan dialami syarikat berkaitan kerajaan itu.
Akmal dalam kenyataan hari ini mencabar Shahrir membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis dan SPRM untuk menyiasat sama ada FELDA mempunyai unsur jenayah atau rasuah akibat berlaku ketirisan.
Terdahulu, Shahrir yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional
(BNBBC) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Indienomics dan Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap).
Usahasama itu memberi peluang kepada graduan di bawah Mantap untuk bekerja dan menjalani latihan industri di syarikat-syarikat di bawah naungan Indienomics.
Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Mantap, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Datuk Noraini Ahmad.
Program Indienomics yang bermula sejak 31 Ogos 2015 adalah gerakan keusahawanan yang menggabungkan lebih 30 ikon usahawan muda pelbagai industri seperti logistik, media, fesyen dan penerbitan buku. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Felda
#FIC
#GFV
#NOW
#Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
#Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan