awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada keperluan serah kertas siasatan 1MDB kepada Majlis Raja-Raja - Reezal Merican

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/02/2016
09:28 MYT
Tiada keperluan serah kertas siasatan 1MDB kepada Majlis Raja-Raja - Reezal Merican
Tiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik negara, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini. - Gambar Fail
Tiada keperluan untuk menyerahkan semua kertas siasatan berhubung syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimajukan kepada Majlis Raja-Raja buat masa ini.
Itu pandangan Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terhadap desakan mantan menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya Majlis Raja-Raja mengambil tindakan segera berhubung isu berkenaan.
Reezal menegaskan siasatan berhubung dakwaan skandal melibatkan 1MDB sedang diteliti oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
"Pada saya tak perlu sebab kita masih lagi menanti laporan akhir daripada Jabatan Ketua Audit Negara. Saya dulu adalah ahli PAC dan saya sudah lihat laporan awal dan laporan itu amat menyeluruh.
"Saya nampak bahawa Perdana Menteri sudah memberi pengakuan bahawa kalau didapati ada salah laku melalui laporan itu tidak ada sesiapa pun akan disembunyikan," katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian sehingga laporan akhir berhubung siasatan ke atas 1MDB disiapkan.
Beliau juga memberi jaminan bahawa berdasarkan pengalamannya selama dua tahun sebagai ahli PAC, semua siasatan dijalankan secara telus dan dipantau sendiri oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang.
"Kita tidak boleh buat andaian awal, tunggulah laporan yang mutakhir selesai. Cuma di sini saya minta Ketua Audit Negara kalau boleh dipercepatkan sebab apa ia telah memberi andaian seakan-akan ada sesuatu yang berlaku sedangkan sepanjang saya berkhidmat dengan Ketua Audit Negara di dalam PAC, beliau adalah orang yang cukup telus.
Reezal yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata demikian ketika mengulas desakan mantan menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir supaya semua kertas siasatan ke atas 1MDB dimajukan kepada Majlis Raja-Raja.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#Mukhriz Mahathir
#PAC
#Reezal Merican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan