Tiada pencemaran berlaku di Sungai Jimah, dekat sini, yang dikatakan berpunca daripada sisa toksik dari Pusat Kualiti Alam sehingga mengakibatkan penduduk mengalami keracunan sebagaimana yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp sejak Jumaat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S.Veerapan berkata, pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan dan mendapati keadaan sungai adalah normal.
Katanya berdasarkan pertemuan dengan jawatankuasa Kampung Jimah Lama, memang terdapat aduan mengenai air berbau sehingga menimbulkan ketidakselesaan dalam kalangan penduduk minggu lepas.
"JAS memulakan siasatan di Kampung Jimah Lama minggu lepas dan bertemu jawatankuasa kampung itu. Kita dimaklumkan terdapat bau yang kuat terutama pada waktu pagi dan malam menyebabkan penduduk kurang selesa terutama yang menetap berhampiran sungai.
"Namun, pemeriksaan mendapati keadaan Sungai Jimah berada dalam keadaan normal dan ia tidak berbuih atau mengeluarkan bau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Berikutan itu, Veerapan berkata JAS turut menjalankan ujian di Sungai Kulai dan kawasan pertemuan sungai itu dengan Sungai Jimah.
"Keadaan persekitaran di sungai (Kulai) agak berbau sedikit di sini. Namun begitu, siasatan pada hari ini (Sabtu) tidak menemui air Sungai Jimah berbuih sebagaimana aduan yang diterima semalam."
Tambahnya, pihak JAS juga tidak menerima sebarang laporan mengenai penduduk mengalami simptom pening kepala dan muntah susulan dakwaan itu.
Pada Jumaat, tersebar teks melalui aplikasi WhatsApp mendakwa air sungai berbuih serta mengeluarkan bau busuk akibat hujan lebat,yang menyebabkan sisa toksik dari Pusat Kualiti Alam mengalir ke sungai, dan kononnya ada penduduk mengalami muntah dan pening.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
Veerapan berkata, JAS tidak menerima sebarang laporan mengenai penduduk mengalami simptom pening kepala dan muntah susulan dakwaan air sungai berbuih dan berbau. Gambar fail
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
PRU15: Apa khabar jalan di Mersing?
Usaha untuk memperkasakan Mersing sebagai hab pelancongan mungkin perlu dimulakan dengan membaik pulih keadaan jalan raya.
15 tahun hidu bau busuk, penduduk 'terpenjara' di rumah sendiri
Penduduk di kawasan terjejas berang dengan kelewatan pihak berwajib bertindak walaupun selepas diajukan aduan berkali-kali.
Penduduk penat isu babi berlarutan lebih 50 tahun, gesa tindakan segera
Wakil rakyat silih berganti namun masalah sama masih menghantui, membuatkan mereka buntu, tidak tahu ke mana lagi harus dipanjangkan gundah di hati.
Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.
Perhilitan N. Sembilan tangkap harimau kumbang seberat 41.5 kilogram
Perangkap itu dipasang sejak Selasa lepas, susulan aduan penduduk kampung mengenai harimau kumbang berkeliaran.
Tiada kes pencemaran di Sungai Jimah - Exco NS
Pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah melakukan pemeriksaan di lokasi berkenaan dan mendapati keadaan sungai adalah normal.
Dua bulan masih tadah air, keluarga resah esok hendak langsungkan majlis kenduri
Seorang ahli keluarga, Zainab Husin, 62, berkata masalah tekanan air rendah terus meruncing di kawasan itu sejak bertahun-tahun lamanya.