Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin menyatakan tiada kesan brek ditemukan di lokasi kemalangan sebuah bas pekerja yang terjunam ke dalam longkang besar berhampiran kawasan MASKargo, Sepang, dekat sini malam tadi.
Beliau berkata tempat kejadian itu iaitu di S8 Jalan Pekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan sebuah jalan simpang tiga namun pihaknya masih menyiasat punca sebenar bagaimana bas berkenaan boleh terjatuh ke dalam longkang berkenaan.
"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan brek di lokasi kejadian. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan jika pemandu bas itu ada mengambil dadah atau mengantuk ketika kemalangan itu berlaku.
"Perkembangan kes kemalangan ini kita akan 'kemas kini' dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.10 malam tadi, 11 orang dengan hampir kesemuanya warga asing maut selepas bas pekerja yang mereka naiki jatuh ke dalam longkang besar berkedalaman keseluruhan 20 meter.
Turut maut dalam kemalangan berkenaan adalah pemandu bas tersebut iaitu seorang lelaki warga tempatan berumur 43 tahun.
Siasatan awal polis mendapati bas pekerja yang membawa 43 penumpang iaitu pekerja kontrak MASKargo itu dalam perjalanan ke tempat kerja dari asrama mereka di Nilai, Negeri Sembilan dan sepatutnya memulakan giliran kerja pada 12 tengah malam tadi.
Bernama
Mon Apr 08 2019
Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan jika pemandu bas itu ada mengambil dadah atau mengantuk ketika kemalangan itu berlaku. -Gambar fail
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Lesen syarikat bas pekerja terbabit kemalangan di Sepang digantung - APAD
Tempoh penggantungan itu juga akan dilanjutkan sehingga syarikat itu, CJ Global Travel and Tours Sdn Bhd, mematuhi keperluan Kod Amalan Industri-Keselamatan (ICOP-Keselamatan) sepenuhnya.
Bas pekerja malang yang ragut 12 nyawa di Sepang dikatakan sedang berlumba - Polis
Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ACP Zulkifli Adamshah berkata, polis akan meminta keterangan lanjut daripada mangsa berkenaan berhubung dakwaan itu.
Orang bertindih-tindih dalam bas - Mangsa
Menurut Sahi, beliau yang duduk di bahagian belakang bas sebelum kemalangan telah memanjat pintu kecemasan di belakang bas untuk keluar sendiri dari bas berkenaan sebelum pasukan penyelamat tiba.
Bas terjunam dalam longkang: 12 maut, 32 cedera
Mangsa, pekerja Mutiara Kayama Sdn Bhd, syarikat penyedia pekerja warga asing sepatutnya memulakan syif tengah malam di MASKargo, apabila bas tersebut tergelincir dan terjunam ke dalam longkang.
Tiada kesan brek di lokasi kemalangan bas pekerja - Polis
Siasatan lanjut masih dijalankan untuk memastikan jika pemandu bas itu ada mengambil dadah atau mengantuk ketika kemalangan itu berlaku.
Dua bas, van kilang bertembung: Lapan maut
Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi di KM 147, Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, berhampiran tol Juru.
34 cedera, 1 parah bas bawa pekerja asing terbabas
Seramai 35 pekerja asing cedera termasuk seorang dilaporkan parah apabila bas pekerja yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Persiaran Selatan di sini pagi ini.