awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan ziarah Aidilfitri - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2020
07:27 MYT
Tiada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan ziarah Aidilfitri - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan ziarah Aidilfitri. - Gambar BERNAMA
Seramai 43 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 38 individu direman manakala baki diberikan jaminan oleh polis.
"Walau bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, sejumlah 220 kompaun dikeluarkan di lapangan dan daripada jumlah itu, 134 kompaun dikeluarkan di sekatan jalan raya.
Katanya, polis juga telah menjalankan 147 sekatan jalan raya di sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 147,327 kenderaan.
"Penduduk Perak dikesan antara paling ramai cuba merentas negeri apabila 40 kompaun dikeluarkan, diikuti Selangor (29 kompaun) dan Pulau Pinang (23 kompaun)," tambahnya.
Dalam pada itu katanya, seramai 37,098 rakyat Malaysia yang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara telah dibenarkan pulang.
"Mereka adalah antara 48,236 rakyat Malaysia dikuarantin wajib sejak 3 April lalu," jelasnya lagi.
Sehingga pukul 8 pagi Isnin, sebanyak 186 pusat kuarantin beroperasi dengan 14,623 individu berbanding 187 pada hari sebelumnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ingkar PKPB
#ismail sabri yaakob
#kompaun
#kuarantin wajib
#PDRM
#pusat kuarantin
#rentas negeri
#Sekatan Jalan Raya
#ziarah aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan