awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi adegan LGBT dalam filem, drama

Bernama
Bernama
10/12/2018
05:53 MYT
Tiada lagi adegan LGBT dalam filem, drama
APA saja adegan yang mempromosikan budaya hidup songsang tidak akan dibenarkan lagi dalam mana-mana filem atau drama. Gambar fail
Unsur serta degan yang mempamerkan atau mempromosikan budaya hidup songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan dipotong dan tidak akan diluluskan untuk tayangan umum, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman ketika menegaskan perkara itu berkata, ia berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan Lembaga Penapisan Filem di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan sebarang tayangan berkaitan budaya hidup songsang itu untuk tontonan umum.
"Lembaga Penapisan Filem KDN telah ditubuhkan di bawah Akta 620 Penapisan Filem 2002, yang empat aspek utama perlu diambil kira dalam proses penapisan filem dan drama oleh lembaga berkenaan.
"Aspek-aspek itu adalah aspek keselamatan dan kesejahteraan awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan. Budaya LGBT termasuk di bawah sosiobudaya, jadi lembaga akan memotong dan tidak akan meluluskan apa sahaja adegan dan dialog yang mempromosikan budaya songsang itu dalam filem dan drama," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) mengenai langkah kerajaan untuk menyekat budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di negara ini.
Ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Amzad mengenai status lakonan pelakon yang mempamerkan budaya songsang, Mohd Azis berkata lembaga berkenaan tidak akan memotong adegan sedemikian sekiranya mendapati terdapat pengajaran yang boleh diambil daripada adegan dan lakonan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#filem
#gay
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#kerajaan
#keselamatan
#LGBT
#menteri
#Mohd Azis Jamman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan