Skip to main content

Malaysia

Tiada lagi anugerah jawatan dalam tentera buat ahli politik - Mohamad Sabu

41527771841_MatSabu.jpg
Tiada lagi anugerah jawatan atau pingat ketenteraan akan diberikan kepada ahli politik.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata amalan ini dihentikan kerana risau ia disalah guna mana-mana pihak.

"Kami hentikan amalan pemberian pingat kepada ahli politik dan hanya akan beri kepada mereka yang menerima latihan daripada tentera.

"Kita tidak mahu mana-mana pihak menyalahgunakan pangkat untuk memasuki kem tentera," katanya ketika sesi penggulungan usul menjunjung Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, malam ini.




Must Watch Video