awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi caj tersembunyi ketika beli tiket penerbangan mulai 1 Jun

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/05/2019
06:47 MYT
Tiada lagi caj tersembunyi ketika beli tiket penerbangan mulai 1 Jun
Syarikat penerbangan juga hanya dibenarkan mengenakan fi pemprosesan maksimum sebanyak lima peratus sekiranya tiket yang dibeli tiada nilai bayaran balik. -Gambar hiasan
Pengguna tidak lagi perlu risau tentang caj tersembunyi ketika membeli tiket penerbangan selepas Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2019 (MACPC) berkuat kuasa 1 Jun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, pindaan itu diwartakan pada 10 Mei lepas yang bertujuan menghapuskan caj tersembunyi seperti caj pembayaran kad dan yuran pentadbiran.
"Syarikat penerbangan perlu menzahirkan harga muktamad tiket penerbangan bagi tujuan pengiklanan dan juga sewaktu pembelian tiket.
"Harga muktamad itu merangkumi tambang asas termasuk semua caj yang perlu dibayar kepada syarikat penerbangan, cukai dan fi yang dikenakan oleh kerajaan, fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan juga surcaj bahan api," katanya selepas merasmikan pelancaran aplikasi mudah alih FlySmart serta mengumumkan pindaan MACPC itu di sini, pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Ketua Pegawai Operasi Mavcom, Azmir Zain.
Menurut Kamaruddin, MACPC mengandungi takrif serta tatacara berkaitan hak-hak pengguna penerbangan serta proses untuk membuat aduan.
Selain itu, beliau menjelaskan, MACPC juga menggariskan penalti kewangan yang boleh dikenakan kepada syarikat sekiranya didapati tidak mematuhi kod perlindungan pengguna ini.
Kamarudin, bagaimanapun, tidak menjelaskan kadar penalti yang ditetapkan.
Pindaan baharu yang ditetapkan Mavcom itu, jelas beliau, mendapat sokongan Kementerian Pengangkutan serta pemain industri penerbangan agar perlindungan hak-hak pengguna serta mutu perkhidmatan dalam industri penerbangan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, pembayaran balik tiket penerbangan perlu diremit kepada pengguna penerbangan dalam masa 30 hari daripada tarikh permohonan bayaran balik merupakan antara pindaan baharu yang ditetapkan dalam kod perlindungan pengguna itu.
Syarikat penerbangan juga hanya dibenarkan mengenakan fi pemprosesan maksimum sebanyak lima peratus sekiranya tiket yang dibeli tiada nilai bayaran balik.
Sementara itu, Nungsari berkata, FlySmart telah dinaik taraf kepada aplikasi mudah alih bagi memudahkan pengguna mengakses laman web itu melalui telefon bimbit mereka.
FlySmart yang diperkenalkan pada Jun 2018 merupakan laman web yang mengandungi maklumat berhubung hak-hak pengguna, tip perjalanan dan platform untuk pengguna membuat aduan berkenaan khidmat penerbangan.
Topic Berkaitan
#Kamarudin Jaffar
#Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia
#MACPC
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan