awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan pelajar Malaysia terjejas banjir di Australia - Maszlee

Bernama
Bernama
05/02/2019
14:28 MYT
Tiada laporan pelajar Malaysia terjejas banjir di Australia - Maszlee
Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera sekiranya ada pelajar Malaysia terbabit dalam banjir buruk yang melanda utara Queensland, Australia itu.
Kementerian Pendidikan tidak menerima sebarang laporan mengenai pelajar Malaysia terjejas dalam kejadian banjir buruk yang melanda bahagian utara Queensland, Australia.
Menterinya Dr Maszlee Malik berkata pada masa sama pihaknya bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan bencana itu.
"Saya akan rujuk kembali dengan Education Malaysia (Australia) (bagi mendapatkan maklumat terkini)," katanya ketika ditemui pada majlis Sirih Pulang ke Gagang di Kampung Skudai Kiri, di sini pada Selasa.
Maszlee berkata pihaknya akan mengambil tindakan segera sekiranya ada pelajar Malaysia terbabit dalam bencana itu.
Sebelum ini dilaporkan 50 rakyat Malaysia yang berada di bandar Townsville, Queensland selamat.
Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra berkata risiko di kawasan terjejas adalah tinggi kerana hujan lebat dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang.
Banjir itu yang disifatkan berlaku "sekali dalam seabad" berpunca daripada hujan lebat tidak normal semasa musim tengkujuh dan memaksa beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah masing-masing kerana hujan lebat dijangka berterusan.
Mengenai majlis itu, Maszlee yang juga Anggota Parlimen Simpang Renggam, berkata program lebih bersifat majlis kesyukuran kerana beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Skudai Kiri.
Katanya kali terakhir beliau berkunjung ke kampung tersebut ialah sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Mei tahun lepas.
"Kedatangan hari ini juga bertujuan memberikan motivasi kepada penduduk Skudai Kiri bahawa mereka juga mampu melakukan sesuatu untuk negara jika bersungguh-sungguh," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#banjir
#bencana
#bencana alam
#keneterian pendidikan
#keselamatan
#Maszlee Malik
#pelajar malaysia
#Queensland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan