awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prabowo: Indonesia akan rampas lebih banyak tanah sawit haram tahun ini
China rekod penurunan 12.8 peratus kes jenayah, selesai 258,000 penipuan dalam talian pada 2025
Penubuhan HLSCC angkat hubungan Malaysia-Turkiye ke peringkat tertinggi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat atau cedera akibat rusuhan di AS

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2020
11:26 MYT
Tiada laporan rakyat Malaysia terlibat atau cedera akibat rusuhan di AS
Hishammuddin berkata, Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan atau maklumat rasmi mengenai sebarang insiden membabitkan rakyat Malaysia di Amerika Syarikat buat masa ini.
Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera akibat rusuhan di lebih 70 buah bandar di Amerika Syarikat (AS) susulan kematian George Floyd.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, bagaimanapun semua rakyat Malaysia di sana dinasihatkan supaya terus berwaspada dan menjaga keselamatan diri.
Hishammuddin turut menasihatkan mereka mematuhi setiap arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk perintah berkurung.
“Perwakilan Malaysia di Washington, New York dan Los Angeles akan terus memantau rapi situasi semasa dan sentiasa berkomunikasi dengan rakyat Malaysia di sana bagi berkongsi maklumat serta mendapatkan perkembangan terkini khususnya di kawasan yang terlibat dengan kejadian ini.
“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat dinasihatkan untuk berhubung dengan pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia. Paling penting, kekal bertenang dan terus ikuti perkembangan terkini menerusi berita tempatan,” katanya.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata Malaysia memandang serius kejadian rusuhan itu dan menegaskan sebarang perlakuan yang menyebabkan kematian, kecederaan, kerosakan harta benda serta menjejaskan perniagaan tidak menguntungkan sesiapa.
“Malah, ketidakpatuhan terhadap normal baharu termasuk mengabaikan penjarakan sosial dan berkumpul beramai-ramai amat membimbangkan serta bertentangan dengan usaha banyak pihak di seluruh dunia dalam memerangi COVID-19.
“Malaysia berharap agar krisis ini dapat ditangani secara aman dan menggesa semua pihak yang terlibat menggunakan pendekatan dialog bagi mencari penyelesaian,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#cedera
#George Floyd
#keselamatan
#Los Angeles
#Malaysia
#menteri
#New York
#penjarakan sosial
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Washington
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan