Tutup

Tiada maaf rakyat jahil Jalur Gemilang - Dr Maszlee

Tiada maaf rakyat jahil Jalur Gemilang - Dr Maszlee
Dr Maszlee Malik berkata, kerana itu, pengenalan pendidikan sivik di sekolah bermula Jun lepas usaha menyemai semangat cinta serta mempertahankan identiti negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kejahilan terhadap Jalur Gemilang bagi seorang warga yang mengaku dia rakyat Malaysia adalah satu yang tidak boleh dimaafkan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kerana itu, pengenalan pendidikan sivik di sekolah bermula Jun lepas usaha menyemai semangat cinta serta mempertahankan identiti negara.

“Ini tidak boleh dikira sebagai satu kedunguan atau kejahilan tetapi perlu dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap nasionalisme kita.

"Walaubagaimanapun bagi Kementerian Pendidikan, kita harus menjadi kementerian bertanggungjawab untuk mendidik rakyat Malaysia, dengan bantuan kuasa legislatif dan dengan bantuan kuasa eksekutif, kita akan memastikan, setiap rakyat akan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi,” katanya pada sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 kementeriannya di sidang Dewan Rakyat, pada Khamis.
BACA: Isu bendera Malaysia: Presiden MABA ambil cuti sukarela

BACA: Bendera bintang pecah lima: Polis siasat pelbagai aspek - Muhyiddin
BACA: "Budak 5 tahun pun boleh tahu.." - Syed Saddiq tidak terima alasan tersilap bendera

Dr Maszlee berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mencelah untuk bertanya mengenai pandangan beliau ada rakyat Malaysia yang tidak tahu rupa bentuk Jalur Gemilang walaupun sudah 62 tahun merdeka.

Sejak Isnin, satu video berdurasi seminit 42 saat menunjukkan Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima dipaparkan di skrin ketika majlis pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak bawah 15 tahun anjuran MABA tular di media sosial.

Paparan bendera Malaysia yang silap itu ditayangkan ketika para hadirin sedang menyanyikan lagu Negaraku pada majlis pembukaan tersebut telah mendapat pelbagai kecaman dari netizen.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, polis sudah memulakan siasatan terhadap isu bendera itu daripada pelbagai aspek mengikut Kanun Keseksaan selain memberitahu tindakan sewajarnya juga akan diambil.






Tag: Jalur Gemilang, rakyat Malaysia, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik, pendidikan sivik, pengkhiatanan terhadap nasionalisme, Kementerian Pendidikan, RUU Perbekalan 2020, Dewan Rakyat, MABA



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.