Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menyindir segelintir golongan masyarakat yang memperlekehkan pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mempertahankan keamanan negara.
Beliau berkata, keamanan yang dikecapi negara kini adalah hasil keberanian pasukan keselamatan yang berjuang tanpa mengenal lelah walaupun tercedera ketika melaksanakan tugas.
“Tadi kita bertemu dengan beberapa orang tentera yang kena jerangkap samar, harap jutawan-jutawan Malaysia tahulah kerana mereka ini sampai kena jerangkap samar (mereka) dapat berniaga dan kaya raya sekarang ini.
“Kalau orang-orang yang pandai berniaga ini, cekap sangat berniaga, pergilah berniaga di Afghanistan nak tengok untung atau rugi, tetapi sekarang bila negara aman tenteram damai, mereka yang dapat berniaga boleh berniaga dengan begitu baik membuat keuntungan, mereka dah lupa jasa-jasa angkatan tentera Malaysia,” kata Mohamad dalam ucapan sempena majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST), dekat Sungai Petani, pada Jumaat.
Terdahulu, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap penghinaan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap anggota tentera.
Bagi beliau, mengkritik ATM tidak ada masalah, tetapi jangan sekali-kali menghina anggota tentera yang berjuang demi tanah air kita.
“Bagi saya mengkritik angkatan tentera tidak menjadi masalah, jangan sesekali menghina angkatan tentera dan veteran angkatan tentera, sebab itulah kita merasa kesal, kerana kita tahu barangkali mereka tidak dapat lihat operasi yang dijalankan, ada anggota tentera laut Malaysia, 265 hari berada di laut,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, seramai 500 veteran ATM dianugerahkan PJM hari ini sebagai penghargaan terhadap jasa dan bakti yang dicurahkan semasa bertugas.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Aug 23 2019
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membuat tabik hormat bersama peminat cilik, Muhammad Haziq Muhammad Hazriq, 6, lengkap berpakaian tentera pada majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada Veteran Angkatan Tentera Malaysia. - Foto BERNAMA
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.