awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penerbangan Malaysia Airlines terjejas akibat jerebu

Bernama
Bernama
26/09/2015
11:28 MYT
Tiada penerbangan Malaysia Airlines terjejas akibat jerebu
Jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), mengesahkan penerbangan MH2591 selamat tiba di KLIA pada pukul 4.12 petang tadi. - Gambar Fail
Tiada penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang bertolak dari atau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terjejas akibat jerebu, kata syarikat penerbangan nasional itu.
Namun, penerbangan MH2591 dari Miri ke Kuala Lumpur diarahkan ke Pulau Pinang tengah hari tadi berikutan jarak ketampakan rendah akibat jerebu.
"Selain MH2591, semua penerbangan Malaysia Airlines yang tiba atau berlepas dari KLIA tidak terjejas dengan jerebu," kata MAS dalam satu kenyataan.
Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), mengesahkan penerbangan MH2591 selamat tiba di KLIA pada pukul 4.12 petang tadi.
Sehingga pukul 3 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar KLIA seperti Putrajaya berada dalam kategori sederhana dengan bacaan 99.
Tinjaun Bernama di Klia2 mendapati ia turut diselubungi jerebu dengan jarak ketampakan sekitar dua kilometer.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#Malaysia Airport Holdings Berhad
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan