Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menepis dakwaan kononnya Lembaga Tabung Haji (TH) telah melepaskan pegangan aset dan ekuiti strategik berjumlah RM2.6 bilion.
"Mana ada syarikat lepaskan (aset dan ekuiti) RM2.6 bilion dalam tempoh tiga bulan, melainkan ia akan menimbulkan panik kepada pasaran," katanya berhubung dakwaan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kononnya TH telah menjual aset strategik bernilai RM2.6 bilion termasuk pegangan saham dalam Tenaga Nasional Bhd (TNB).
Mujahid berkata dakwaan sedemikian hanya akan menjejaskan institusi Islam berkenaan.
"TH sudah berada pada landasan tepat setelah setahun kita pulihkan, takkan la hendak buat perkara yang jejaskan reputasinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia 2019 di sini, hari ini.
TH dalam kenyataannya semalam turut menegaskan tidak pernah menjual ekuiti berjumlah RM2.6 bilion termasuk keseluruhan pegangan saham TH dalam TNB bernilai RM1.8 bilion.
TH sebaliknya berkata, sepanjang 2019, nilai ekuiti domestiknya meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada akhir 2018, kepada RM7.48 bilion setakat 27 Sept, 2019.
Mujahid berkata, tindakan pihak menyerang TH dengan kenyataan tidak benar untuk memburukkan kerajaan ibarat Lebai Malang, marahkan nyamuk, kelambu dibakar.
Beliau juga memberi tempoh selama seminggu kepada Asyraf Wajdi untuk meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya jika tidak mahu tindakan tegas diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 01 2019
Mujahid berkata dakwaan sedemikian hanya akan menjejaskan institusi Islam berkenaan. - Gambar fail/Astro AWANI
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MARA siasat guru didakwa pedofil
MARA akan membuat siasatan menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terlibat kes pedofilia ke atas murid di sebuah sekolah berasrama penuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.