MALAYSIA
Tiada penularan tempatan, ini lima perkara penting sidang media KKM

Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu tahu pada sidang media KKM. -Gambar hiasan
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes penularan tempatan berhubung jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia pada Selasa.
Berikut merupakan lima perkara yang anda perlu tahu pada sidang media KKM oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
1. Malaysia mencatatkan empat kes baharu, menjadikan kumulatif kes sebanyak 8,729 kes.
2. Kesemua empat kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara.
4. Tiada kes kematian dicatatkan. Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 122 kes iaitu 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
5. Terdapat dua lagi kes positif COVID-19 yang dikesan dalam Kluster PUI Novgorod.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami