awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun - Azmin Ali

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2019
04:58 MYT
Tiada peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun - Azmin Ali
Mohamed Azmin mengakui tiada perjanjian peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun ini.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengakui tiada perjanjian peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun ini.
Persetujuan itu dinyatakan secara ringkas sebagai respons kepada sebuah wawancara melibatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama Nikkei Asian Review baru-baru ini.
Mukhriz menyatakan tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Setuju,” jawab Mohamed Azmin dengan ringkas sambil tersenyum.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas melancarkan Pameran Kerjaya Graduan Aspire 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu, Mukhriz dalam wawancara itu, menyatakan kesediaan beliau menggalas tugas yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan persekutuan namun tidak semestinya sebagai perdana menteri.
"Mungkin ada cadangan seperti itu, tapi tiada yang dinyatakan di atas kertas atau perjanjian secara lisan," kata Mukhriz.
Menurut Mukhriz, persetujuan umum dalam Pakatan Harapan (PH) adalah Dr. Mahathir perlu diberikan masa untuk memulihkan masalah ekonomi negara sebelum menyerahkan kuasa.
Mukhriz juga menafikan dakwaan yang mengatakan wujudnya persaingan kuasa dalam PH serta spekulasi yang mengatakan Dr Mahathir lebih cenderung menjadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali sebagai pengganti.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Mahathir Mohamad
#Mukhriz Mahathir
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan